Pendidikan Prauniversiti Selangkah Ke Menara Gading
29 Julai 2013
Parlimen: Tiada Cadangan Ganti Sistem Meritokrasi Dengan Sistem Kuota - P.Kamalanathan
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan belum
bercadang menggantikan sistem meritokrasi dengan sistem kuota, kata
Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.
Beliau berkata berdasarkan prinsip meritokrasi, semua pelajar yang
layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama dan taraf
hidup tidak akan dinafikan peluang mengikuti pengajian di institusi
pengajian tinggi awam (IPTA).
"Selaras dengan keputusan kerajaan pada 2002, dasar pengambilan pelajar
ke IPTA dilaksanakan berasaskan prinsip meritokrasi bagi menggantikan
Dasar Pengambilan Mengikut Kuota Kaum yang diguna pakai sebelumnya.
"Dasar Meritokrasi ini dilaksanakan dengan mengguna pakai 90 peratus
markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum untuk menjana markah
merit pelajar," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Firdaus Abdullah
pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan